Khamis, Oktober 29, 2009

Tahniah Pemandu Malaysia!

Setiap kali berada di jalan raya - tak kirala sekitar KL atau di mana-mana saja di Malaysia tercinta - aku dapat rasa tekanan darah aku naik dengan begitu tinggi, sampai kadang-kadang tu rasa nak terpancut keluar daripada telinga aku. Begitu juga dengan ketumpatan kesabaran aku - semakin menipis. Termasuk juga degupan jantung yang semakin laju bergerak dek kerana geram, marah, bengang dan sakit hati.

Terlalu banyak perkara yang menyakitkan hati. Hampir sepuluh tahun memandu, aku dapat membuat satu kesimpulan - kebanyakan pemandu di Malaysia ni sebenarnya tidak kompeten atau dalam erti kata lain tak layak mendapat lesen!

Sebagai contoh, dalam perjalanan pulang daripada tempat kerja petan tadi (lepas Maghrib sebenarnya), aku sampai di persimpangan Jalan Sultan Ismail-Kg. Baru-Jln Dang Wangi. Lampu trafik untuk jalan aku berwarna merah. Dengan sabar aku berhenti, tukar gear, tarik handbrake dan menyalakan rokok sambil berfikir tentang perasaan mak aku yang mesti geram sebab kereta bau rokok..hehehe.Then, lampu hijau. Dengan tenang, aku masukkan gear tapi kereta depan aku tak gerak-gerak. Ingatkan rosak atau ada accident. Rupa-rupanya tak boleh nak bergerak sebab ada pemandu yang maha bijaksana tersangkut kat tengah-tengah simpang empat! Punyala panas hati aku yang dah separuh terbakar sebab kepenatan.

Apa dorang ni tak ada otak ke? Ke ada otak tapi tak berfungsi? Or otak tu hanya di gunakan ketika di pejabat dan kemudian di tinggalkan di dalam laci meja pejabat?

Come on la! Takkanla lembab sangat otak tu sampai tak boleh nak fikit benda yang sesimple (Bahasa Malaysia memang ngam kalau dicantumkan dengan Bahasa Inggeris) itu pun tak boleh nak fikir.

Dah nampak jalan kat depan tu sangkut dan tak bergerak, janganla jalan jugak dan duduk kat tengah-tengah simpang tu macam budak terencat akal duduk atas pentas konsert. Pastu tersengih-sengih macam binatang haram tu (yang warna pink). Sakit betul hati, jiwa dan raga aku. Tapi reda sikit sebab dapat lepaskan geram dengan menekan hon sepanjang 1 kilometer.

Aku pun pelik dengan pemikiran mereka-mereka ni. Aku rasa, setiap hari aku akan melalui masalah yang sama di mana-mana simpang (selalu aku naik motor so bolehla mencelah) di KL ni. Aku harap 1 hari nanti ada bulldozer yang akan sanggup tolak kereta dorang yang tak berotak ni!

Sabtu, Oktober 17, 2009

Dan Aku Pun Menulis

Sekian lama aku mencuba untuk mencari ruang dan kesempatan dicelah kemampatan jadual waktu dan rutin harian hidup untuk menulis, akhirnya kesampaian juga hajat aku. Dah lama tak menulis, terasa sedikit kekok untuk mengekspreskan diri dalam bentuk tulisan. Jari pun dah berkarat. Tapi demi nak memuaskan hati, belasah jela. Mungkin juga disebabkan teruja untuk meluahkan hati dan perasaan yang terbuku dan terpendam.
Apa pun, selamat datang dan selamat membaca. Aku akan cuba untuk update sekerap yang mungkin. Kalau ada silap dan salah atau ada hati yang berdarah, mata yang pedih dan telinga yang berasap, awal-awal lagi ni aku nak mohon ampun dan maaf. Kita manusia tak sempurna dan takkan dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Akhir sekali, kepada bos aku dan kawan-kawan di pejabat yang merayakan raya esok, aku ucapkan selamat menyambut Deepavali.